Ketika itu kau baru melangkah ke teratak ilmu ini,
Memulakan sebuah perkenalan antara dua insan..
Teman,
Sejak mengenalimu hidup ini lebih bermakna,
Kau membawa sebuah sinar dalam hidupku,
Kau bersamaku tika suka dan duka..
Teman,
Kita seperti isi dan kuku,
Ke mana pasti bersama sentiasa,
Melalui fatamorgana kehidupan..
Teman,
Kau mentarbiahku erti sebuah kehidupan,
Dunia yang penuh dengan ketabahan..
Teman,
Secalit nostalgia yang engkau telah berikan,
Akan tetap terpahat dalam hati,
Kerana dirimu,
Menjadikan aku insan yang kenal erti sebuah kehidupan....
No comments:
Post a Comment